Harmoni bermaksud kesepaduan di antara kebersihan, keindahan, dan keselamatan mewujudkan suasana sekolah yang sejahtera
dan harmoni. Senario ini memberangsangkan iklim pengajaran dan pemberlajaran yang kondusif di kalangan warga Sri Aman.
Bervisi bermaksud Lembaga Pengawas 3K Sri Aman sentiasa mempunyai visi untuk menjadikan SMK (P) Sri Aman sebagai
sebuah sekolah yang terunggul dari aspek kebersihan, keindahan, dan keselamatan.
2. Warna hijau
Warna hijau melambangkan alam sekitar sekolah yang bersih dan indah saujana mata memandang. Persekitaran yang bersih dan
taman-taman yang indah, menjadi satu imej SMK (P) Sri Aman dan sekaligus meyemai perasaan bangga terhadap warga penghuninya.
3. Warna merah
Warna merah melambangkan ketegasan dan keberanian dalam kalangan Lembaga Pengawas 3K dalam menjalankan tugas
yang diamanahkan. Sikap tegas dan berani ini penting untuk memastikan SMK (P) Sri Aman adalah yang terbaik dari
aspek kebersihan, keindahan, dan keselamatan.
4. Warna ungu
Warna ungu melambangkan sikap jati diri yang ada dalam diri Lembaga Pengawas 3K. Walaupun banyak cabaran
dan dugaan yang terpaksa dihadapi semasa mejalankan tugas, namun situasi ini tidak mematahkan semngat mereka. Bahkan mereka,
semakin cekal dan bersemangat waja.
5. Warna Kuning
Warna kuning melambangkan hasrat murni Lembaga Pengawas 3K yang ingin menjadikan SMK (P) Sri Aman yang terunggul dan terbaik.
Sehubungan dengan itu, nilai-nilai murni ke arah mencapai visi tersebut disemai dalam jiwa setiap Pengawas 3K.
6. Bentuk Bunga
Bentuk bunga melambangkan suasan ceria dan indah di SMK (P) Sri Aman. Suasana sekolah yang ceria dapat membangkitkan semangat
buru untuk mengajar dan semangat pelajar untuk belajar.
7. Bentuk Bulat
Bentuk bulat melambangkan kerjasama dan permuafakatan yang wujud di kalangan warga Sri Aman dalam menjaga dan meningkatkan
tahap kebersihan, keindahan dan keselamatan SMK (P) Sri Aman. Hubungan yang erat dan perpaduan yang kukuh diantara Lembaga
Pengawas 3K, pelajar-pelajar, guru-guru, pentadbir, dan pekerja merupakan satu tradisi dan wajar bak kata pepatah:
"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,"